Sunday, December 25, 2011

Sejuk @ Doha


Salam bahagia semua,

Lama sungguh tak update blog ni..waktu terluang hanya bile outstation macam sekarang ni.

Waktu di Doha sekarang menunjukkan jam 1.00 tghari. Yes..saya ada di Doha sekarang.
Sudah hampir 2 minggu di sini..macam biasa bila outstation - counting down on days..brp hari lg nk balik Mesia..he3..

Sekarang sejuk, Temperature between 12 - 22 Deg C. Pakaian pun kena la yg tebal, baju lengan panjang + jacket + Long pants n satu lg..stokin..atire yang sama ketika waktu siang atau tidur malam - baju x bau pun..ha3

Okey...Miss my beloved wife n anak2 di Mesia. Next year kite semua lepak sini ye sayang..!
Luv U all..!




Sunday, September 25, 2011

Eid Mubarak & Jubail Re-Visited

Hari ni aku kat Jubail lg...hari raya ke 28.

Saturday, August 6, 2011

Selamat Ber'Ramadhan'

Bulan Ramadhan Al Mubarak , Bulan 9 1432 H : Bulan Kemerdekaan, Bulan 8 2011 M.

Best . Baru tahun ni dpt rase duk rumah time bulan puase ni..rehat dan tidak bekerja.

Enjoy..selamat berpuase n berehat utk diri sendiri..lepas Raya jgn lupe kerja semula..

Adios...!

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia Ku..

This Month I'm back to Malaysia.
Now try to make some necessary adjustment before I can proceed with normal life.
1st thing , Makanan.
2nd thing , Harga minyak motor..
then..the others, etc.

Saturday, May 21, 2011

Now in Jubail, Damam - KSA

This month I do my blogging from Jubail.
may be I will be here till Mid of June 2011. InsyAllah !

Friday, April 29, 2011

Das Island

Bulan April 2011 M - sebulan penuh saya duduk di pulau. Tempat ini tidak menghalalkan sebarang bentuk kamera utk di gunakan. So, takde la gambar kenang-kenangan kat sini..
Any way - I'm very bussy with work and lot of headaches involved.
Will update my blog next month.

Thank You.

Monday, March 14, 2011

Outstation - Abu Dhabi. UAE

Entry bulan March ni saya buat di sebuah Cyber Cafe kecil, berhadapan Electra Street, Abu Dhabi.
Sepanjang seminggu yg lepas dan minggu ini, sebuk dengan preparation utk satu tugasan di Das Island UAE.
So, tidak banyak (penat sebenarnya) yang nak diceritakan setakat ini - just to say, Hai !!!! to gudalhijau blog readers.

Thanks for d visit..Cheers !
will keep u update some time in future...Bye

Monday, February 21, 2011

Adoh dowh dowh...!!!


Sorry dear friends - this will slightly miss lead from my previous entry. I just need to write this down to reduce the "tekanan perasaan" and share with somebody...at least.

The Situation :-

As a family organizer and financial provider, I need money and cash
to project my family dream and future casting.

My Freelance Career, current Academic achievement, certification, experience and skills
DOES NOT provide me with enough assurance that I will earn enough money to
proceed with my plan.

I have a track record of my Financial and economic status back since
Yr 2006 and it shows that "U are not doing good enough" with regards
to the money saving excercise. U are lacking FAR behind target !
This gonna STOP !!!


The Plan and Dream :-

My family and I need a peace of Land.
Might not be a big land - a small area of 0.5 Acre, minimum.
We need it so we can build our own house on it.

We need a house, a good , nice, comfort and most important- have a safe feeling to stay in.
We need it for our family ; Sayang, Kakak Aina, Abang Iqbal, Baby Auni and me.
We need it ASAP, before Yr 2013 M.
We need it WITHOUT developing any credit - No Hutang.

Dream House - No Hutang (confident nyer..)

The Action :-

The time is running ..the resources is also running..all running..
Since everyting is running...I have to do some chasing..and
its time to work my brain out - - - - how ? How hoW hOw HOW ????

Thursday, January 20, 2011

Pengembara Zaman



Selamat sejahtera ke atas kamu - As Salam 'Alaikum !

Rasa macam perlu aku tulis kesah hidup aku ni kat blog, supaya nanti kelak, anak cucu boleh baca rentetan perjuangan dan sejarah negarawan macam aku nih.....cewahhh !
Enjoy !

Sessi 1973M hingga 1979 M :

1973 - P.Ramlee meninggal bulan 5. AKu Lahir bulan 9.

Aku ingat - Lagu Flybaits - Keindahan Alam. "Suasana..yg indah dan permai.." ,
senario yg diingati dlm kepala dan hati ketika lagu itu berkumandang : Abah gi kerja naik motor Honda cup, JX 8986, pagi2 subuh adam, matahari baru nak keluar, lalu ikut jalan Parit Khalid Laut menuju ke Batu Pahat.
Mak gi noreh kat kebun, parit belakang, ambik upah toreh kebun Wak Usop...Kedai dia dekat depan mesjid Parit Khalid tu.
Memang Best ar time tu...


Masjid Kg. Pt. Khalid , 1979

Aku masih ingat - Aku duk tinggal kat rumah je ngan Nyaie (nenek), Nyaie jaga aku sorang
je time tu, cucu 1st la katakan..Lebih kurang pukul 10 pg, mak balik dari noreh. Peristiwa yg paling melekat kat memory aku, sepanjang period nyaie jaga ialah : tergolek kat tangga sebelah belakang rumah nyaie tu, ade lebih kurang 2 ke 3 kali juga aku jatuh tergolek, cium tanah dan benjol kepala. Ketinggian jatuhan : 1.5 meter.
FYI, Time tu, aku juga pernah jadi tukang gunting rambut sendiri ..so,bayangkan je la..
...Tapi...Best ar time tu...

muka marah lepas jatuh dan benjol..Tangga ini sentiasa dlm ingatan..1979

Aku Ingat jugak - Nyaie buat tikar purun - korang tau purun tak ? bukan pokok buah Prune ye..kalu nak pasti lg, sila tanyer En. Google atau Abg Wiki.
Depan rumah nyaie aku tu ada parit kecik, dlm parit tu banyak pokok Purun tumbuh. So, Nyaie akan memproses pokok purun tu untuk dijadikan tikar dan kemudian
dijual. Aku secara tidak langsung pun turut terlibat ikut cabut pokok purun dalam parit tu, main air sekali. Fuhh...Best time tu..

Entrance ke rumah Nyaie..titi kayu dan pokok Purun - in memory. 1977

Purun.

Aku macam ingat - pegi ikut abah bawak bajak (Tractor..kata org putih), time tu dia kerja dgn satu tokey Estet kelapa Bali (kelapa Sawit) kat parit Syukur.
Bajak berwarna Merah hati itu akan diparkir dalam satu garaj kat sebelah rumah Akon (Rappers tu...) dan Akon @ Ah-kon ialah seorang Cina yg tinggal bersama familinya yang besar,
di kawasan estet berkenaan. Aku ikut naik bajak duduk kat belakang abah, walaupun bajak itu single sitter..Thrill giller...Bestnyerrrrrr time tu..

Aku ingat lagi - Abah buat Projek ladang sayur kat bukit (mbukit..org Pt Khalid sebut) kg Pt Syukur. Abah tanam - Parey, Timun, Kacang Panjang, Gobis dan Gambas (sila sebut dengan lidah jawa). Time jual sayur, ada satu Apek dtg naik Lori kecik, warna Merah hati jugak !
angkat itu sayur..lepas tu aku tengok dia bayar ca$$$h....woooo..best la time tu...



Projek Ladang Sayur Abah ; 1978


Gambas.

Aku juga ingat - Pakcik2 aku, Wak Ami dan Cik Ali kerja kat Singo-puro buat construction dan Ship Dockyard. Setiap kali diorang balik jer, bawak Lycee dalam Tin dan juga Buah limau, epal, anggur dan ..etc
Juga, Cik Ali ada Kamera ! kalau nk guna kamera tu, kena ada Flash bulb yg dibeli asing, dan juga negatif film yg bentuk segiempat, ada 2 reel. Teknologi terkini time tu.
Banyak la juga foto aku time kecik2 dulu.
Tapi, foto2 tu semua....kat mane hah ??(kat umah mak kot...) - Best kalu dpt tgk foto2 tu semula..bestnyer time tu..

Aku ingat lagi - Pergi sekolah tadika kat Parit Khalid Laut, rumah wak ..(wak ape ntah namanyer..lupa jugak dah..). sepanjang tahun tu, ada la 3 kali aku
datang sekolah...main air kolam kat bukit sayuran abah lg best ooorr...kawan2, best x time tu..??!!

Ingat sangat - geng aku time tu ialah Liza (Analiza Binti Harun) cucu wak Sumi'ah anak kak Tini. Salimin (Ahmad Bin Maarof) dan Madi (sorry Madi, saya lupa nama penuh anda..)
cucu Nyai Siti, tu je yg aku kenal, coz they all stay within my radial parameter. Nyaie tak bagi jalan jauh2. Oh..ada lagi, Mamat dan Ealot...anak2 wak sirat. You all da Best !

R-L :- Madi, Liza and me ; 1979


Aku ingat..nak gi makan la...lapor....next entry, kita cerita pulak sessi 1980 hingga 1990...okey? Best...ki3..