Sunday, November 21, 2010

RC Power Boat - nice !


Di atas bukit ada hutan di dalam hutan ada tasik - bunyi macam seram kan ? kan? kan?
Tapi, jika anda mengalaminya sendiri ianya tidak seram langsung..percaya ?
ya..kerana di atas tasik itu terdapat Gelanggang Raja Lawak - APAKAH ini ?mengarut.


Hutan hijau dan Tasik hijau - sungguh Islamic

Remote Control Power Boat - first time aku pegi tengok dgn mata, telinga & kepala aku sendiri, dia punyer bunyi ekzos jer dah macam Setan ! (setan itu adalah sejenis Binatang) Halus, Nyaring dan Bingit ... memecah keharmonian dan keheningan tasik di dlm hutan di atas bukit itu.

Ini lah (salah satu) Binatangnya...

Teknikal : Kelajuan max Bot di atas air kira2 180 kM/Jam (brp Knott ? convert sendiri ye) .enjin 1 piston. propeller 2 blade. minyak petrol RON 97.Body fibre Glass.

Best..

Emosional : sangat teruja dan girang sehingga sanggup bertahan di tepi tasik itu dari jam 3 ptg hingga tamat show 5.30 ptg.

Ridzuan a.k.a MR2, lebih2 terujanya dan merakam aksi2 bot sebanyak 5 buah semuanya, membuat pusingan (Lap) di atas permukaan tasik itu berulang2 kali. Tuan punyer Bot sememangnya pakar mengemudi bot masing2 di atas air maupun atas darat *terbabas*.


to the resQ..hampeh punye bot !!!

Lebih thrill lagi - Bot mati kat tengah2 tasik*technical problem*.
3 cara rescue - Panggil Bomba 994 or Panggil Polis or Panggil Ambulan. Mmmuahahaha...lawak !
Caranya -
1. Rod Pancing - dilontar sehingga berjaya menyangkuk bot yg rosak itu.
2. Berenang. Ya...berenang ke tengah tasik itu dan selamatkan sendiri bot kau tu...tak dapek sey nak nolong ea do..
Dan biasanya, menurut tuan2 punya bot, mereka terpaksa membuat pilihan yg ke-2 sebab bot rosak terletak terlalu jauh di tengah2 tasik *pancing tak sampai la tu..
Sanggupkah ??? Tidak.
3. Kalu cukup bertuah - ada Tong air plastik kaler biru yg dibelah 2..beserta dgn pendayung . Pandai2 lah ko...

Semestinya suatu pengalaman yang berharga dapat menyaksikan perlumbaan RC Power Boat pada petang itu. Terima Kasih kepada Alex diatas jemputan beliau ke event tersebut.

Dan sebelum berpisah, untuk pengetahuan pembaca budiman, kita baru sahaja bersama pasukan Bintulu RC Powerboat yang merangkul takhta :- Champion of Champion, Malaysia.

Bangga sungguh ketika Lagu Kebangsaan dimainkan ...








4 comments:

M I A J A M A L U D D I N said...

bukan men. hahhaa.

Jiraiya said...

Thanx !

Un Phat Lee said...

haha.tahniah sama lu der.first place tu.ehe XD

Jiraiya said...

Bro..gayer juara mau ader, walaupun x terlibat - kikiki..